1) baru pulang dari outstation dekat perai, penang selama 5 hari 4 malam yang amat meletihkan..sepanjang perjalanan pulang hanya tidur tak sedarkan diri bertemankan baju pinjam
2) tidak hadir ke majlis perkahwinan rakan sekelas dari tingkatan 1 sehingga 5 kerana berada di penang pada hari kejadian lalu ke rumahnya sehari selepas majlis kahwin dan membawa bersama kazen tersayang sebab terlupa yang kazen tersayang hendak ke majlis bersama2 terus juga tidak dapat berjumpa rakan2 lama dan rakan yang semakin glamour bergelar pelakon dan model sekarang di hari majlis tersebut
3) melawat rakan baik sejak darjah 1 di mana nissan latio yang menjadi igauan rakan2 untuk merayap dengan kereta tersebut tapi kereta telah accident pula dan rakan tersayang telah memasak kuey teow goreng special dan si tuan punya latio juga telah semakin tembam dan "sihat"
4) sedang sibuk mengumpul duit demi memenuhi impian dan target hidup dalam tempoh 2 tahun habis degree harus sudah atau sedang buat master walaupun mZ menentang manakala ayah pula sudah surrender dengan kehendak anak kesayangan
5) sangat busy di ofis sehingga kadang2 pernah terfikir untuk menjadi surirumah yang punya PHD (philosophy doctor, ok~)
6) sangat craving untuk menonton wayang kerana kali terakhir menonton adalah kali pertama menonton bersama mZ iaitu bulan 3 yang lepas sebab bila keluar dating nak tengok wayang mesti kena beratur panjang2 seterusnya menjadikan sangat malas terus menjalankan aktiviti2 lain
7) sangat fobia untuk masuk public toilet selepas kejadian henset kesayangan masuk lubang jamban.. ok, bukan public toilet je, mana2 toilet pun sama juga
8) merancang perbelanjaan bulanan dengan sangat bijak sebab hari2 kena sogok "nak pakai jazz cepat ke tak?"
9) sedang belajar mengaplikasikan dan reflect pembelajaran semasa di universiti, sekolah, kolej dengan kehidupan sekarang.. life is wonderful, right?
10) kebelakangan ini asyik bermimpi orang yang sama.. apa maksudnya??

